Falsafah & Objektif

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Proses pendidikan yang berpaksikan kepada aqidah ketauhidan kepada Allah swt bersumberkan Al-Quran & As-Sunnah berasaskan sistem pendidikan yang syumul – menyeluruh, seimbang, bersepadu dan berterusan melalui murabbi yang dapat melahirkan insan rabbani sebagai khalifatullah yang berilmu, bertaqwa, berakhlak mulia dan berketrampilan.

OBJEKTIF

  • Mempertingkatkan kepelbagaian sumber kewangan dengan pengurusan kewangan yang lebih efisien
  • Meningkatkan keyakinan dan kepuasan pelanggan secara menyeluruh
  • Membina perkongsian strategik dengan berkesan
  • Menawarkan perkhidmatan Khidmat Perunding kepada lain-lain organisasi
  • Melaksana sukatan kokurikulum yang memenuhi tuntutan syariat serta mengurus bakat dan potensi pelajar ke peringkat global
  • Memperkukuh sistem pengajaran & pembelajaran bagi memastikan pelajar mencapai tahap yang tertinggi
  • Menawarkan kurikulum diploma tahfiz, diploma berkaitan  pendidikan Islam dan Sijil STAM
  • Meningkatkan professionalisme dan amalan nilai-nilai murni warga kerja & pengurusan
TOP