πππππππ & ππππππ πππππ ππππ πππππππ ππππππ πππππ πππππππππ ππ π
πππππ ππππ
Pihak ALP, PIBG & Pentadbiran Sekolah Islam Al Farabi (SIAF) mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada semua calon Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) sesi 2023 yang telah menerima keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Tahniah atas segala usaha yang dicurahkan hingga sampai ke tahap ini.
Kepada pelajar, ibu bapa dan warga pendidik, keputusan pada hari ini haruslah diterima dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT.
Bagi yang memperoleh keputusan yang kurang memuaskan jangan pula berasa terlalu kecewa. Jadikanlah keputusan peperiksaan ini sebagai anak tangga untuk anda melangkah maju ke puncak kejayaan.
Tahniah buat semua warga pendidik SIAF khususnya guru-guru yang mengajar subjek aliran UPKK 2023 atas bakti serta curahan ilmu kepada pelajar-pelajar.
Tahniah & syabas diucapkan.